Tuesday 23 October 2012

FUJITA LACTOSE S ELKEN

assalamualaikum.
minggu ni saya akan buat review pasal product2 kesihatan dari ELKEN.
yelah, minggu lepas dapat banyak barang free untuk di try!
alhamdulillah.. murah rezeki. :)
lagi satu, saya cuma buat review product yang saya sendiri pernah cuba je ye.
bukan main cakap je. tapi tak cuba. :)




Apakah fungsi Fujita Lactose-S.
Fujita Lactose-S merupakan sejenis minuman kesihatan yang unik dan dirumuskan khas untuk membersihkan kolon dengan sempurna. Ia dapat melegakan perasaan tidak selesa akibat makan keterlaluan atau amalan tabiat pemakanan yang tidak sihat kerana ia membersih bahagian penghadaman dengan berkesan dan menyeluruh. Minuman tambahan kesihatan ini mengurangkan masalah koprotasis dan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus. Bakteria baik akan mengakibatkan penghasilan gas asid karbonik yang boleh mengembangkan dinding usus. Tindakan ini membantu menyingkirkan bahan kumuhan yang tersumbat dengan serta-merta dan merangsangkan pergerakan peristatik usus, lalu meningkatkan proses pembersihan. Fujita Lactose-S mengandungi bahan rumusan semula jadi yang sempurna yang memberi khasiat kepada tubuh badan dan seterusnya menuju keadaan kesihatan yang optima.

Kebaikan-Kebaikan- Merangsang saraf usus.
- Meningkatkan pegerakan peristaltik.
- Membersih usus dengan lengkap.
- Menyerap bahan toksik yang merbahaya yang dihasilkan oleh bakteria perosak.
- Menghalang masalah sembelit.

Keistimewaan
- Setiap 40 g mengandungi 100 juta bakteria Bifidus yang berfungsi 1.5 kali ganda lebih berkesan daripada bakteria asid laktik yang lain dalam menghasilkan asid laktik.
- Menyingkirkan bahan kumuhan yang tersumbat dengan berkesan, proses pencucian usus tidak diperlukan.
- Membuang bahan kumuhan dengan serta merta.
- Alat mengurangkan berat badan yang kuat.
- Penjualan produk yang laris di Jepun.
- Ada dua perisa iaitu Orange dan Yogurt.
Review saya.

okay,sebenarnya, saya memang ada masalah penghadaman. boleh dikatakan kronik lah jugak sampai kadang2 rasa malu nak cakap kat orang. masalah ni buat saya rasa tak selesa sangat terutama bila dah lama tak "membuang" tau tak saya penah tak "membuang" hampir seminggu! bila perut dah makin mengembung, buncit tak ingat!, rase senak.. terpaksalah guna cara paksaan dengan makan ubat sembelit, atau guna ubat "punggung" yang cucuk bagi senang "membuang" macam baby tu. makan lah segala jenis buah2, semua pun tak jalan. kadang2 rasa stress sebab tengok perut buncit bukan main. pakai baju kurung yang loose pun boleh nampak perut kedepan! malu sangat!

tapi kali ni, alhamdulillah dah jumpa product yang boleh selesaikan masalah saya. :)
terima kasih ELKEN!
sekarang saya dah boleh "membuang" hari2.. tak payah nak simpan toksid dalam perut lama2.
penyakit bahaya pun kita boleh elak.
yang lagi best pasal product ni ialah dia antara product pelangsingan badan yang terlaris kat Jepun.
jadi, bukan setakat dia bersihkan usus kita dari toksid2, tapi juga boleh jadi product pelangsingan. jadi, sesapa yang tengah cari product yang HALAL, bersifat semulajadi, takde chemical dan tak berbahaya, boleh lah cuba product ni. insyallah berkesan! saya dah cuba. anda bila lagi? :)

No comments:

Post a Comment